BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
MARAH

Thursday, September 3, 2009

Pengenalan


Cabaran dan desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan keperluan kehidupan yang sangat mencabar. Maktab perguruan dipertanggungjawabkan melaksanakan latihan perguruan pra dan pos perkhidmatan.

Dalam proses menyempurnakan amanat tersebut, membentukkan jati diri guru perlu diberi penekanan. Satu komponen dalam jati diri ialah memupuk tahap Kecerdasan Emosi dalam diri guru agar mereka mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang terlibat dalam profession perguruan malah dalam kehidupan harian.

Keupayaan Kecerdasan Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang tertentu. Didapati bahawa tanpa kekuatan dalam Kecerdasan Emoesuatu ind
si sividu tidak dapat membuat penilaian kendiri dengan baik supaya dia dapat bertindak dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi dan cabaran yang dihadapinya.

Demi menghasilkan guru keluaran maktab yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan profession perguruan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) diterapkan dalam kurikulum maktab perguruan. KKE ini kini dianggap sebagai salah satu Kemahiran Generik yang terdiri daripada Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Pemudahcara, Kemahiran Mentafsir dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kompetensi Kecerdasan Emosi telah pun diterapkan dalam elemen-elemen bestari dan diajar bersama-sama dengan Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) dan gaya pembelajaran pelajar.



0 comments: